Pesakit talasemia menjalani proses pemindahan darah di sebuah pusat rawatan di Peshawar, semalam.
Pesakit talasemia menjalani proses pemindahan darah di sebuah pusat rawatan di Peshawar, semalam.
ISLAMABAD - PAKISTAN. Sepuluh kanak-kanak dijangkiti HIV selepas menjalani proses pemindahan darah di Pakistan.

Setiausaha Agung Persekutuan Talasemia Pakistan, Dr Yasmin Rashid mengesahkan perkara tersebut kelmarin.

Menurut Daily Mail, kesemua mereka berumur lima hingga 16 tahun berasal dari Rawalpindi, Lahore dan Islamabad.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit menghidap talasemia dan perlu menjalani pemindahan darah yang kerap.

Sementara itu, Naib Canselor Institut Sains Perubatan Pakistan, Javed Akram berkata jumlah kes dijangka meningkat kerana masih ramai pesakit talasemia yang masih menjalani ujian.