Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

Warga Myanmar dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan


1 November 2014

 
KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan hilang di Sungai Kuantan berhampiran Surau Medan Warisan, Tanah Putih di sini, petang semalam.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, berdasarkan maklumat mangsa dikenali sebagai Khup Tum, 40, pekerja sebuah pasar raya di sini.
   
Katanya mangsa dipercayai pergi ke sungai itu pada 4.30 petang semalam, namun tidak dapat dipastikan tujuan beliau berada di situ.
   
Usaha mencari mangsa melibatkan 16 anggota termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis dengan dua buah bot, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
   
"Operasi petang semalam ditamatkan pada 7 petang ekoran cuaca hujan dan gelap sebelum disambung semula hari ini," katanya menambah sehingga 4 petang tadi, mangsa masih gagal ditemui. - Bernama

No comments:

Post a Comment