Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Warga China rasuah pihak berkuasa dipenjara

Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Seorang jurujual warganegara China berusia 31 tahun dihukum penjara sehari dan di denda RM10,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini selepas mengaku salah memberi suapan RM800 kepada peronda lebuh raya untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang membawa barangan disyaki tidak mempunyai duti kastam, 12 November lalu.
Liu Weizhong, 31, mengaku salah memberi suapan itu kepada seorang anggota polis peronda lebuh raya supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang membawa 237 botol arak pelbagai jenama disyaki tidak bayar duti kastam dalam sebuah kereta Proton Wira.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kilometer 193 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Tol Bukit Merah dekat Taiping, kira-kira jam 11 malam pada 12 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Hakim Madihah Harullah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat bulan jika gagal membayar denda RM10,000 itu manakala wang suapan RM800 dilucut hak dan dimasukkan dalam hasil kerajaan Malaysia.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili oleh K C Lai.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 12:39 PM


WARGANEGARA China yang dihukum penjara. FOTO Muhaizan Yahya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9891#sthash.XS2j6qUu.dpuf

No comments:

Post a Comment