Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

‘Wajah’ suspek diperoleh

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis menggunakan khidmat pelukis profesional bagi melakar gambar wajah salah seorang lelaki yang dipercayai mencampakkan bom tangan dalam insiden letupan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang di sini, 9 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, berdasarkan empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, pihaknya mengenal pasti kewujudan dua lelaki yang berada di lokasi itu sebelum letupan berlaku.
Menurutnya, imej seorang lelaki itu yang melarikan diri sebaik letupan bom itu berlaku berjaya diperoleh.
"Pihak polis merujuk rakaman berkenaan kepada pihak forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan mendapatkan pelukis profesional bagi melakar gambaran imej seorang suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
"Kita percaya imej lelaki yang dilukis itu berusia 40-an. Ketika kejadian dia memakai baju berbelang putih hitam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:15 AM



LAKARAN wajah suspek.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10105#sthash.rs3oHs27.dpuf

No comments:

Post a Comment