Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Tiga Maut Dalam Letupan Lombong Arang Batu Di Sarawak


Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 12:59 PM
Kumpulan pekerja lombong arang batu di Pantu ketika berada di hospital di Kuching pada Sabtu.

KUCHING: Tiga orang terbunuh makanala 11 lagi cedera selepas berlaku letupan di sebuah lombong arang batu di Pantu, Sarawak pada pagi Sabtu.
Kejadian dan kematian mangsa disahkan oleh Balai Polis Sri Aman yang turut melaporkan bahawa pasukan penyelamat kini dalam perjalanan ke lokasi insiden.
Lombong arang batu Pantu terletak kira-kira 130 Kilometer dari Kuching.
Seramai 10 pekerja lombong itu yang merupakan warga asing kini berada di Hospital Besar Sarawak.
Petugas media yang berada di hospital sama untuk membuat liputan bagaimanapun diminta supaya tidak mendekati kumpulan pekerja terbabit.
Pada Mac 2012, seramai empat pekerja warga China maut selepas berlaku kebakaran di dalam terowong lombong arang batu di Abok yang terletak tidak jauh dari Pantu.

No comments:

Post a Comment