Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

Tiga beranak maut dalam nahas



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang mengorbankan tiga beranak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah-Pasir Raja di Dungun semalam.


DUNGUN – Tiga beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah-Pasir Raja di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Pasir Raja untuk menziarahi salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Paka.
Mangsa yang maut merupakan pemandu MPV jenis Produa Alza, Rizal Zhafri Ibrahim, 22, kakaknya, Suliana Ibrahim, 28, dan bapa mereka, Ibrahim Salim, 67.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga tersebut terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.
“Semua mangsa yang cedera parah pada kepala, dada, tangan dan kaki meninggal dunia di tempat kejadian.
“Difahamkan, keluarga ini sedang dalam perjalanan menziarahi Mohd. Fikri, 21, anak bongsu Ibrahim yang cedera akibat kemalangan di Paka kira-kira pukul 8 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Dungun di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3JT4pNV1i 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment