Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Tiga beradik curi kereta dicekup



MOHD. MOKHTAR (dua dari kiri) melihat salah sebuah kereta mewah curi yang berjaya ditemui semula di IPK Johor, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kegiatan tiga beradik yang menganggotai sindiket curi kenderaan mewah dan samun di tiga buah negeri akhirnya tumpas apabila kesemuanya ditahan bersama tiga lagi rakan subahat mereka dalam beberapa serbuan polis di Johor Bahru Selatan di sini minggu lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff memberitahu, tiga beradik berkenaan ditahan bersama-sama seorang lagi lelaki dan dua wanita dipercayai teman wanita mereka selepas dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi kenderaan mewah ketika melakukan samun di negeri Johor, Perak dan Kuala Lumpur.
Menurut Mokhtar, susulan penangkapan kesemua empat suspek lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 35 tahun itu, polis turut berjaya menemukan semula lapan kenderaan mewah yang hilang di sebuah inap desa di Taman Perling di sini serta di sebuah rumah sewa di Kajang, Selangor.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3JkBCpyT9 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment