Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Terengganu, Perak mula banjir



Penduduk kampung meredah banjir untuk ke pusat pemindahan selepas air naik ekoran hujan lebat tanpa henti sejak Jumaat lalu di Kampung Changkat Jong semalam.


KUALA TERENGGANU – Hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat menyebabkan beberapa kawasan rendah di Terengganu mula dilanda banjir kilat semalam.
Kawasan terbabit ialah kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pulau Duyung, Jalan Kamaruddin dan Bukit Payong di Marang.
Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah berkata, sejak awal pagi semalam, semua stesen hujan mencatat bacaan antara empat dan 176 milimeter (mm) manakala taburan hujan masih bertumpu di kawasan pantai.

Peserta projek tanaman berkelompok, Rokiah Jusoh memeriksa sayur kangkung yang hampir mati akibat ditenggelami air di Kampung Che Long, Chabang Tiga semalam.


“Mengikut rekod Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, setakat pukul 3 petang ini (semalam), data taburan hujan di Stesen Padang Kemunting dekat Batu Rakit merekodkan bacaan hujan 176mm, Bukit Kecil (146mm) dan Kampung Tok Adis di Kuala Ibai (129mm) selepas hujan tanpa henti selama 13 jam.
“Selain itu, stesen data di Institut Pertanian Tok Dor di Besut menunjukkan bacaan 131mm, Pengkalan Berangan di Marang (77mm), Kuala Ping di Hulu Terengganu (75mm), Penarik di Setiu (122mm), Jerteh (63mm) dan Tembila di Besut (105mm),” kata beliau dalam satu kenyataan


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3JPeg4cNL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment