Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Tanah runtuh: Jalan ke Genting Highlands tertimbus


BERNAMA | .
KUANTAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 4.2 iaitu jalan naik ke Genting Highlands tengah malam tadi mengakibatkan keseluruhan jalan tiga lorong ke pusat peranginan itu tertimbus.
  
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah malam.
  
"Namun dalam kejadian itu, sebuah MPV milik Polis Bantuan Genting Highlands yang datang membuat tinjauan selepas menerima maklumat turut tertimbus dalam runtuhan kedua. Bagaimanapun tiada kecederaan berlaku," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata buat masa ini sebelah jalan laluan turun digunakan sebagai laluan untuk naik ke Genting Highlands dengan laluan dilencongkan ke Chin Swee Temple.
  
Kerja-kerja memecahkan batu juga sedang giat dijalankan dan masih terdapat banyak timbunan tanah yang belum diangkut, katanya dan menambah kerja-kerja pembersihan dijangka memakan masa sehari.
  
Sementara itu ketika mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Mohamad Nor berkata anggota polis bantuan itu terselamat kerana beliau sempat melarikan diri sebelum kereta perondanya tertimbus.
  
"Dia kemudiannya menghubungi Balai Polis Genting sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian. Kejadian berlaku ketika hujan," katanya.
  
Sementara itu Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata anggota bomba dan penyelamat turut digegaskan ke lokasi kejadian pada pukul 1.26 pagi.
  
"Hasil tinjauan dan siasatan mendapati seorang anggota polis bantuan sempat melarikan diri dari runtuhan itu. Bagaimanapun keretanya tertimbus," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment