Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Tak sempat kursus

Oleh Arifin Salleh
Jasin
Tiga anggota tentera parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terbalik beberapa kali di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.40 petang, kenderaan dipandu Koperal Mohd Nizar Hassan, 34, bersama tiga rakan berusia awal 30-an dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sebelum terbabit kemalangan.
Empat anggota tentera yang bertugas di sebuah kem di Kuala Lumpur itu dikatakan dalam perjalanan menghadiri kursus ketenteraan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Johor Bahru.
Saksi, Rosman Rusdi, 37, berkata, dia yang menyedari kejadian memberhentikan kereta di tepi lebuh raya bagi menghulurkan bantuan.
“Saya berlari ke arah kenderaan itu sebelum melihat empat lelaki cedera. Pada masa sama beberapa pengguna lain turut berhenti menghulurkan bantuan dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang remuk.
“Tiga daripada mangsa dipercayai patah kaki, tangan selain parah di kepala dan badan dikeluarkan orang ramai. Seorang lagi mangsa hanya cedera ringan di tangan,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:15 AM


KEADAAN pacuan empat roda dinaiki empat anggota tentera. Gambar kecil, paramedik memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9865#sthash.espR5LTO.dpuf

No comments:

Post a Comment