Search This Blog

Friday, November 7, 2014

‘Tak patut aib dia begitu’

Oleh Rosliza Mohamed 
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: “Memang anak saya bersalah ,tetapi tidak patut dia diaibkan begitu sekali. Saya akan buat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku jika perlu, ” kata ibu kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang dipukul sebelum dibogelkan kerana cuba mencuri motosikal di pekarangan Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini.
Remaja itu ditangkap penduduk ketika cuba mencuri motosikal milik seorang jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak di masjid itu kira-kira jam 8.15 malam, Selasa lalu sebelum diikat, dipukul dan dibogelkan dengan gambarnya tersebar luas di laman sosial.
Akibat kejadian itu, ibu pelajar terbabit berusia 38 tahun berkata, mereka sekeluarga menanggung malu selain sedih dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengaibkan anak sulungnya.
“Saya sangat sedih, kami sekeluarga terkilan dengan apa yang berlaku. Tidak sepatutnya anak saya dimalukan sebegitu menyebabkan saya nekad membuat laporan polis,” katanya ditemui di rumahnya di Melor, di sini, semalam.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia hanya mengetahui gambar anaknya dimuat naik di Internet selepas dimaklumkan adik iparnya yang menetap di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:17 AM


IBU (kanan) dan nenek remaja lelaki terbabit ditemu bual wartawan Harian Metro di rumah mereka di Melor, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7195#sthash.VFUuhyD0.dpuf

No comments:

Post a Comment