Oleh Isma Ismail
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10686#sthash.7DsH0d5E.dpuf
Johor Bahru: Satu kumpulan curi kenderaan mewah tumpas selepas polis melakukan beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru Selatan pada 12 November lalu.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, enam orang termasuk dua wanita berusia 17 hingga 35 tahun ditahan.
Menurutnya, polis merampas tujuh kenderaan antaranya jenama Lexus, BMW dan Volkswagen yang dipercayai dicuri.
Katanya, kumpulan itu juga dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah.
"Tumpasnya kumpulan ini dapat membantu polis menyelesaikan 35 kes pecah rumah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 12:41 PM
No comments:
Post a Comment