KAPAL angkasa penumpang Virgin Galactic, SpaceShipTwo meletup di udara ketika penerbangan ujian menyebabkan seorang juruterbang maut dan seorang lagi cedera parah. -Foto AP
BANGKAI kapal angkasa penumpang Virgin Galactic, SpaceShipTwo ditemui selepas ia meletup dan terhempas di Mojave, California. Letupan itu menyebabkan juruterbangnya maut dan seorang lagi cedera parah. - Foto AP |
KAPAL angkasa penumpang Virgin Galactic, SpaceShipTwo, milik pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson dan syarikat Aabar Investments PJC dari Abu Dhabi membuat penerbangan ujian pada 29 April tahun lalu. - Foto AP |
SEBAHAGIAN bangkai kapal angkasa penumpang Virgin Galactic, SpaceShipTwo yang terhempas ditemui dekat Cantil, California. - Foto AP |
MOJAVE, California: Seorang maut dan seorang lagi cedera parah apabila kapal angkasa penumpang Virgin Galactic terhempas ketika penerbangan ujian di Gurun Mojave, California, hari ini.
Sekurang-kurangnya dua juruterbang berada dalam pesawat itu yang menjalani penerbangan ujian pertama sejak Januari lalu.
Juruterbang pesawat maut dan mayatnya ditemui di celah bangkai pesawat manakala juruterbang kedua berjaya menyelamatkan diri selepas menekan kerusi tempat duduk dan kemudiannya menggunakan payung terjun tetapi cedera parah.
Televisyen yang menyiarkan tempat kejadian berkenaan menunjukkan dua bahagian kapal terbang itu berada di atas permukaan tanah.
Syarikat pemilik kapal itu menyebut ia musnah sepenuhnya.
Sheriff Wilayah Kern, Donny Youngblood berkata, bangkai pesawat bersepah kira-kira 1.6 kilometer.
No comments:
Post a Comment