Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Sebelah pegang anak, sebelah tingkap

Cameron Highlands: “Sebelah tangan pegang anak kecil, sebelah lagi berpaut pada tingkap rumah. Itu saja yang mampu saya lakukan selepas terperangkap ketika air deras separas dada memasuki rumah,” kata K Kumaresan, 40, mangsa banjir lumpur yang melanda Kampung Baru Ringlet, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, tiga mangsa terkorban, dua daripadanya tertimbus dalam tanah runtuh, manakala seorang remaja berusia 13 tahun lemas selepas dihanyutkan arus deras.
Dua lagi mangsa yang juga suami isteri warga Indonesia masih hilang dan dipercayai turut tertimbus dalam banjir lumpur.
Menurut Kumaresan, dia sekeluarga hanya sempat berpaut pada tingkap dan dinding rumah sebelum diselamatkan jiran yang terdengar jeritan mereka.
“Nasib baik ada jiran yang terdengar jeritan sebelum memecahkan dinding untuk melepaskan air di dalam rumah bagi membolehkan kami keluar.
“Anak saya yang sulung berusia 12 tahun luka di kaki akibat terkena cermin tingkap. Anak bongsu berusia tiga tahun pula hampir lemas, namun saya sempat memegangnya, manakala isteri dan seorang lagi anak saya selamat keluar dari rumah,” katanya.
Menurutnya, dia kerugian hampir RM80,000 kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang ketika kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:18 AM


KERETA milik penduduk turut rosak selepas dihanyutkan arus deras.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7198#sthash.uOMPwJJK.dpuf

No comments:

Post a Comment