Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Saluran air empangan tersumbat akibat sampah dan mendapan

 Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hemtro.com.my


Cameron Highlands: Punca air dari Empangan Sultan Abu Bakar, Lembah Bertam, di sini terpaksa dilepaskan pada malam Rabu lalu, selain disebabkan hujan lebat luar biasa, ia turut berpunca dari terowong saluran air di empangan terbabit tersumbat akibat sampah dan mendapan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya mencadangkan penyelesaian holistik secara jangka panjang membabitkan pelbagai agensi kerajaan bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan tanah tinggi khususnya di Lembah Bertam.

Menurutnya, selain hujan lebat, sampah yang dipercayai dari aktiviti pertanian di kawasan rizab sungai di sini turut menyebabkan terowong saluran air empangan tersumbat hingga mengakibatkan air sungai naik hingga ke paras bahaya.

"Sehubungan itu, saya mencadangkan satu jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi menangani masalah itu.

"Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah aktiviti pertanian berleluasa di sepanjang rizab sungai sehingga berlaku mendapan dan banyak sampah sarap dalam sungai. Sebagai contoh, selepas insiden hujan lebat petang Rabu lalu, TNB terpaksa menggunakan perkhidmatan lima penyelam bagi membuang sampah di dalam Sungai Bertam," katanya pada sidang media di pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Habu di sini hari ini.

Menurutnya, kegiatan pertanian di sepanjang rizab sungai terutama di Sungai Bertam mengakibatkan air melimpah setiap kali hujan lebat, manakala air terpaksa dilepaskan dari Empangan Sultan Abu Bakar kerana Tasik Ringlet juga dipenuhi mendapan dan sampah akibat aktiviti pertanian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 1:10 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7222#sthash.hLTYaqHY.dpuf

No comments:

Post a Comment