Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

‘Roti maut’ dari kilang kotor


KEADAAN dapur dan peralatan membuat roti yang kotor serta tidak dibersihkan oleh pekerja kilang roti.


GEORGE TOWN – Enam buah kilang roti yang menghasilkan pelbagai jenis pastri yang boleh dianggap ‘roti maut’ di premispremis kotor dicemari najis tikus menerima padah apabila kesemuanya diarah menghentikan operasi selama 14 hari berkuat kuasa kelmarin.
Malah, lebih mengejutkan dua daripada enam premis berkenaan mengeluarkan roti yang popular dalam kalangan penduduk di Pulau Mutiara.
Serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri pagi kelmarin mendapati ada premis yang membiarkan bahan utama seperti tepung dan gula dihurung lalat, peti sejuk berkulat, manakala ada pekerja yang tidak menggunakan penutup kepala, mulut dan sarung tangan.
Namun, lebih menjijikkan apabila pegawai penguat kuasa mendapati ada stor kilang yang dicemari dengan najis tikus, bahkan adunan roti diletakkan di atas lantai tanpa pelapik.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan arahan tegas kepada enam kilang roti berkenaan selepas mendapati kesemua pengendali mengabaikan aspek kebersihan.
“Kesemua enam kilang membuat roti berkenaan pernah diberi notis amaran sebelum ini agar meningkatkan tahap kebersihan dan kaedah pengendalian membuat makanan.
“Tetapi disebabkan mereka ingkar dengan amaran tersebut, kesemua telah diberi notis memberhentikan operasi serta-merta bermula semalam (kelmarin).
“Lebih mengejutkan apabila dua daripada premis berkenaan mengeluarkan roti daripada jenama yang popular di negeri ini,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3JT40fGt5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment