Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Remaja dituduh rogol keldai

Harare: Seorang remaja semalam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol seekor keldai betina baru-baru ini.


Pendakwa raya memberitahu mahkamah, remaja berusia 18 tahun ini membawa keldai berkenaan ke sebuah jambatan sebelum mencabul haiwan itu, lapor akhbar Byo24News, semalam.


Perbuatannya itu dilihat oleh seorang saksi yang melalui jambatan itu yang kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.


Ketika disoalsiasat, remaja itu tidak mengaku bersalah. Dia ditahan sementara menanti untuk dibicarakan sekali lagi bulan depan. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:05 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6096#sthash.8H0Df8Q5.dpuf

No comments:

Post a Comment