Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Prada ‘cap ayam’

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Beg tangan tiruan yang diseludup hanyalah berharga RM30, namun ia kemudian dijual semula semahal RM400 setiap satu. Itulah taktik digunakan seorang saudagar barangan cetak rompak warga Bangladesh yang ditahan kerana menipu orang ramai, semalam.
Suspek berusia 40-an itu dikesan memperolehi keuntungan lumayan sehingga mampu menyewa tiga lot kedai di sebuah pusat-beli belah terkemuka di Bukit Bintang di sini.
Kegiatan lelaki warga asing itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya melakukan serbuan di premis itu sekitar jam 2 petang semalam.
Operasi membabitkan lapan pegawai KPDNKK itu turut dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang terbabit dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi dimulakan sejak Sabtu lalu.
Sumber berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam berhubung kegiatan penjualan barangan tiruan berjenama terkemuka di pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pelancong asing itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjual lebih lebih 100 beg tangan pelbagai jenama terkemuka dengan harga ratusan ringgit setiap satu. Pemeriksaan turut mendapati premis yang diserbu itu diselia lelaki warga Bangladesh.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:21 AM


ANGGOTA penguat kuasa mencatat jumlah beg yang dirampas dalam serbuan KPDNKK, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7210#sthash.GQEz0AOt.dpuf

No comments:

Post a Comment