INILAH kereta milik Briged PPPM yang mempunyai corak menyerupai kereta peronda polis.
KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Briged Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) kerana didapati menggunakan kenderaan mirip kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menjalankan siasatan itu selepas seorang anggota pasukan kereta peronda polis membuat laporan mengenai kehadiran kenderaan yang digunakan NGO itu di sebuah kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Mengikut laporan itu, anggota polis terbabit mendapati kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki ahli NGO tersebut menggunakan corak petak-petak warna kuning dan biru yang seakan-akan sama dengan kereta peronda polis.
“Belum ada laporan polis mengenai kekeliruan ini, bagaimanapun pihak kami sedang menyiasat kesalahan yang mungkin dilakukan pihak berkenaan (Briged PPPM),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Briged PPPM ditubuhkan Julai lalu bertujuan mengawasi kawasan perumahan di seluruh negara yang didakwa mempunyai masalah jenayah.
Setiap ahli Briged akan memakai pakaian seragam berwarna hitam serta lambang pangkat seakan-akan pasukan keselamatan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3JPeF3sdB
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment