SELASA, 18 NOVEMBER 2014 @ 3:39 PM

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa (kanan) menunjukkan lakaran imej seorang suspek yang terbabit dalam kejadian kes letupan bom di Kompleks Sun, Bukit Bintang ketika sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Polis menyiarkan lakaran imej seorang suspek yang terbabit dalam kejadian kes letupan bom di Kompleks Sun, Bukit Bintang, di sini, pada 9 Oktober lalu.
Lakaran imej suspek diambil daripada empat rakaman litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan sekitar selepas kejadian itu.
No comments:
Post a Comment