Pasukan polis Britain, Republik Czech, Perancis, Finland, Jerman dan Poland menyerbu kumpulan itu kelmarin serta menangkap 26 orang dan menemui 15 pendatang asing tanpa izin, kata Europol yang memimpin operasi dari ibu pejabatnya di The Hague.
“Kumpulan penjenayah itu, yang dipercayai telah beroperasi sejak 2010, menguruskan kerja-kerja kemasukan pendatang Vietnam ke Kesatuan Eropah (EU) menggunakan pasport asli atau palsu, pengenalan palsu dan dokumen untuk tinggal,” kata Agensi Polis Eropah.
Setiap pendatang asing itu terpaksa membayar wang tunai sebanyak 10,000 sehingga 15,000 euro (RM42,158 - RM63,238.2) untuk kerja-kerja dokumentasi dan perjalanan masuk ke EU, terutama ke Britain, Republik Czech, Finland, Perancis dan Poland. - AFP