Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Polis buru dalang samun kapal


JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) sedang memburu seorang lelaki tempatan yang dipercayai mendalangi kejadian samun sebuah kapal tangki minyak yang dilakukan oleh sekumpulan lanun warga asing di perairan Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi Jumaat lalu.
Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati lelaki Cina berkenaan menyalurkan maklumat kepada perompak-perompak tersebut menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurutnya, dalam kejadian samun yang berlaku kira-kira pukul 7.30 malam itu, pihaknya menahan 13 lelaki warga Indonesia berusia 22 hingga 55 tahun selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kapal tangki dan sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan.
“Unit peronda telah mengesan sebuah kapal dan sebuah bot sedang ‘melekat’ antara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan.
“Selepas dihampiri dan menjalankan pemeriksaan, terdapat lima orang disyaki perompak berada dalam kapal tangki kosong tersebut. Pemeriksaan seterusnya pula menemui empat lelaki yang dipercayai kru kapal tangki tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3Hx4Ymk2Q 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment