Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Penyamun 3 beradik

Oleh Isma Ismail

isma@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kegiatan satu kumpulan geng pecah rumah dan curi kereta mewah di sekitar negeri ini, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang didalangi tiga beradik ditumpaskan dalam serbuan khas di beberapa lokasi di daerah ini, 12 November lalu.
Semua enam ahli geng terbabit termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan serentak dilakukan pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hasil maklumat awam dan risikan polis.
Hasil serbuan di beberapa kawasan sekitar Johor Bahru Selatan, sebanyak tujuh kereta mewah seperti Lexus, Volkswagen, Mini Cooper, BMW, Mercedes Benz, Toyota dan sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW dirampas.
Semua kenderaan berkenaan dilaporkan hilang di Tanjung Tokong, Pulau Pinang, Lumut, Tanjung Malim, Kajang, Selangor, Cheras, Kuala Lumpur dan juga sekitar Johor Bahru Selatan.
Difahamkan, modus operandi geng berkenaan ialah dengan melakukan tinjauan ke atas sasaran mereka terutama kediaman yang mempunyai kenderaan mewah bagi memastikan sama ada penghuninya ada di rumah atau sebaliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:12 AM


MOHD Mokhtar memeriksa kereta mewah yang dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10844#sthash.m1I4V5e8.dpuf

No comments:

Post a Comment