Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Penjenayah menyamar polis dibelasah orang ramai

Oleh Fardy Bungga
Kuala Lumpur: Taktik seorang penjenayah menyamar sebagai anggota polis gagal memperdayakan tiga pelajar warga asing apabila dia berjaya ditahan sebelum dibelasah orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas menyamun pelajar terbabit dalam kejadian di Flat Sri Tioman, Taman Melati, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suspek bersama tiga lagi rakannya dikatakan masuk ke rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mengarahkan mangsa menyerahkan barang-barang miliknya.
Mangsa yang curiga dengan suspek memintanya supaya menunjukkan bukti pengenalan diri anggota polis menyebabkan suspek berang dan berlaku pertengkaran di antara mereka.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek cuba menggari pelajar berkenaan tetapi gagal selepas berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek bertindak mengambil sampul surat berisi wang sebanyak RM1,300 di poket mangsa dan terus melarikan diri.
Menurutnya, pengadu bersama rakannya terus mengejarnya sebelum suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan disebabkan cedera semasa ditangkap oleh orang awam dan siasatan awal suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 12:34 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9889#sthash.4N34OALm.dpuf

No comments:

Post a Comment