Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

Penjenayah lari lintang-pukang


Alor Gajah: Dua penjenayah yang dipercayai baru selesai mencuri di asrama sebuah kolej di Kampung Ayer Paabas, dekat sini, lari lintang-pukang selepas kegiatan mereka disedari penduduk, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai berusia awal 20-an menaiki Proton Satria menceroboh masuk dalam asrama wanita dan mencuri pelbagai jenis telefon pintar milik pelajar.
Perbuatan penjenayah itu disedari beberapa penduduk yang sedang mengawal keselamatan kampung di sebuah surau sebelum mengintip pergerakan mereka.
Ketua Biro Keselamatan kampung itu, Khairuddin Abdul Aziz, 24, berkata, dia yang sedang mengawal bersama tujuh rakan melihat sebuah kereta dinaiki dua lelaki berlegar dalam keadaan mencurigakan.
“Kereta itu dipandu perlahan sebelum berhenti di bawah bukit berhampiran dengan pagar asrama kolej. Kemudian seorang lelaki turun dan kenderaan itu meninggalkan lokasi menuju ke arah Alor Gajah.
“Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, kenderaan itu muncul semula menyebabkan kami mula curiga lalu mengintip perbuatan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, pemandu kereta itu dilihat melambaikan tangan arah seseorang di sebalik pagar asrama sebelum seorang lelaki berseluar pendek berlari menuju ke arah kenderaan terbabit.
Khairuddin berkata, menyedari mereka diperhatikan, lelaki terbabit terus berlari masuk ke dalam kereta dan memecut ke arah Lendu Hilir namun disebabkan banyak selekoh tajam kenderaan itu hampir terbabas.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:16 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10111#sthash.smnHlndp.dpuf

No comments:

Post a Comment