Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Penipu tidak boleh lari


ZHANG JIAN


KUALA PILAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan merujuk kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk mengekstradisi pengasas skim cepat kaya YSLM, Zhang Jian yang ditahan di Bangkok, Thailand pada minggu lalu bagi membolehkan dia disiasat pihak berkuasa negara ini.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad (gambar kecil) berkata, terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan bagi membolehkan lelaki warga China berusia 37 itu diekstradisi ke negara ini termasuk mendapatkan perintah mahkamah.
“Kita akan berunding dengan pihak Peguam Negara sama ada kes dia (Zhang Jian) jatuh di bawah kriteria untuk ekstradisi atau tidak.
“Ekstradisi ini mempunyai kriteria tertentu antaranya bagi kes bunuh dan dadah. Kita perlu arahan mahkamah untuk bawa dia ke Malaysia.
“Dia melakukan kesalahan yang sama. Dia nak lari ke mana... dia ingat lari dari Malaysia, dia selamat. Aktivitinya di Thailand pun menyalahi undang-undang di sana. Maka mereka berpeluang menahan dia dan terserah pada undang-undang Thailand untuk ambil tindakan terhadap dia,” katanya ketika ditemui selepas Program Pemurnian Pengurusan Organisasi KPDNKK di Juasseh di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Hx3tw25H 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment