Nor Faezah kelihatan sugul ketika dibawa oleh anggota polis bagi menghadiri pendakwaan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang semalam.
SEBERANG PERAI – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lalu.
Tertuduh, Nor Faezah Said, 39, pada mulanya membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.
Bagaimanapun, ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan buat kali kedua kira-kira dua jam selepas itu, dia hanya mendiamkan diri walaupun ditanya berulang kali oleh Majistret Muhammad Firdaus.
Tindakannya itu membuatkan mahkamah membuat keputusan untuk menolak pengakuan pertama yang dibuat tertuduh.
“Mahkamah terpaksa menolak pengakuan tertuduh kerana ia adalah pengakuan bersyarat. Oleh itu mahkamah menetapkan wang ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin,” katanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melantik peguam bagi mewakili dirinya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3HlnJBHS2
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment