Lembu didakwa ditembak di Dabong Jumaat lalu.
Lembu didakwa ditembak di Dabong Jumaat lalu.
KUALA KRAI - Seorang pemilik lembu kecewa kerana dua daripada tujuh lembunya didakwa ditembak pihak tertentu di Dabong, di sini, Jumaat lalu.

Lelaki 30-an itu berkata, kejadian itu disedari pekerjanya yang mendengar bunyi letupan ketika sedang membaiki pagar di kebunnya.

“Penjaga lembu saya memberitahu dia terdengar bunyi letupan tiga kali berturut- turut.

“Dia kemudiannya terus ke kandang dan setelah membuat pemeriksaan dia dapati seekor lembu cedera di badan dan seekor lagi di kaki,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang sanggup menembak haiwan kerana setahunya ternakan seperti lembu tidak boleh ditembak sewenang-wenangnya.

Tambahnya lagi, dia tidak tahu   motif lembu peliharaannya ditembak kerana ketika kejadian lembunya berada di sekitar kawasan kebunnya.

“Kecewa dengan kejadian ini saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, Jumaat lalu,” katanya.