Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Pelajar ghaib ketika larian maraton



ANGGOTA bomba dan penyelamat mencari Ahmad Rafiqin yang hilang semasa menyertai larian maraton di Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat yang merupakan anak kepada Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu (JPNT) hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang di sini petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, Ahmad Rafiqin, 16, tidak menyelesaikan acara Larian Maraton Antarabangsa Gunung Gajah Terom sebelum bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis pada pukul 6 petang.
Menurut beliau, sebelum itu Azman dikatakan memaklumkan kepada pihak penganjur apabila tidak dapat menemui Ahmad Rafiqin yang mahu dijemputnya pukul 3 petang selepas acara itu.
Ahmad Rafiqin yang merupakan salah seorang pelajar pintar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu menyertai maraton itu yang turut disertai 540 peserta dalam pelbagai kategori.
Ahmad Rafiqin menyertai kategori junior membabitkan 33 peserta dengan laluan sejauh 12 kilometer.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3Hx5O8uj3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment