Search This Blog

Wednesday, November 19, 2014

Pegawai kanan KEDA mengaku salah atas tuduhan rasuah

ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan layanan seks yang didakwa dilakukannya minggu lalu.
Heris Saad, 56, membuat pengakuan itu di hadapan hakim, Azhar Mokhtar selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Azhar Mokhtar.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Heris yang berjawatan Pegawai Tadbir, dituduh mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana meminta suapan berbentuk rasuah daripada seorang wanita di sebuah restoran makanan segera di Jalan Limbong Kapal, dekat sini, kira-kira jam 10.45 pagi, 10 November lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Heris dituduh mengikut Seksyen 17(a) akta sama, kerana memperoleh suatu suapan berbentuk layanan seks daripada seorang wanita di sebuah hotel di Jalan Putra, dekat sini pada jam kira-kira 2.45 petang, 13 November lalu.
Jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan dihadapi, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kaki ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hukuman ke atas tertuduh bagaimanapun akan diputuskan selepas mahkamah yang ditangguhkan sebentar tadi, kembali bersidang petang ini.

No comments:

Post a Comment