Search This Blog

Friday, November 28, 2014

Pecat kerana foto


Seorang amah pembersih rumah disoal siasat polis dan dipecat kerana didapati mengambil gambar ketika membersihkan kediaman tiga pemain Manchester United.

Beberapa pegawai penyiasat menyoal Jessica Tinsley, 24, selepas kelab Old Trafford itu mendakwa dia 'seperti mencari sesuatu' dalam kediaman mewah pemain berharga £60 juta (RM300 juta) Angel di Maria, Marcos Rojo bernilai £16 juta (RM80 juta) dan kediaman bernilai £6 juta (RM36 juta), Javier Hernandez.

Ketika bertugas menyental dan mengilatkan rumah pemain terbabit dengan upah £8 (RM40) sejam, Jessica berasal dari Warrington, Cheshire, sempat mengambil gambar dan menunjukkannya kepada ahli keluarga.

Dia mengambil gambar bilik tidur, bilik mandi, tempat lilin, kolam renang malah sempat merakam slip gaji kepunyaan Rojo sebanyak £200,000 (RM1 juta) seminggu.

Apa dibimbangkan sekiranya gambar itu terjatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab seperti kumpulan pakar pecah rumah profesional.

Kerana itu Jessica disoal siasat dua pegawai polis pada awal bulan ini.

Ketika Polis Greater Manchester mengesahkan tiada sebarang kes boleh disabitkan, Jessica meluahkan kemarahan kerana dipecat oleh majikannya Clean and Sparkle.

Dia berkata: "Saya berasa kurang selesa kerana dipecat hanya disebabkan saya mengambil beberapa keping gambar.

"Saya melakukannya kerana rasa ingin tahu. Rumah mereka begitu mengagumkan dan saya hanya mengambil gambar slip gaji kerana tidak percaya dengan bayaran diterima salah seorang pemain terbabit.

"Saya berasa agak terkejut apabila dua pegawai polis datang mengetuk pintu rumah saya. Mereka merampas telefon dan memadam semua gambar terbabit.

"Mereka menyangka saya akan menjual semua gambar terbabit kepada perompak tetapi saya tidak akan melakukan tindakan seperti itu kerana ia bukan karakter sebenar saya.

"Saya hanya menunjukkan gambar terbabit kepada anggota keluarga dan kebetulan adik saya juga adalah peminat tegar Manchester United.

"Saya membersihkan rumah berkenaan beberapa kali dalam seminggu dengan mengelap dan menyapu lantai, membuang habuk dan ada masanya saya melakukan tugasan menggosok baju.

"Saya begitu gugup ketika menggosok baju khas dipakai Angel kerana bimbang memusing-musingkan baju berjenama Dolce and Gabanna T akan rosak. Terdapat juga banyak pakaian Adidas untuk anaknya juga.

"Dia berada di rumah ketika saya mengemas dan sempat menyapa saya 'Hi' dan kelihatan agak peramah.

"Rumahnya sangat besar, paling besar tetapi hanya tiga bilik dalam rumah itu yang digunakan.

"Saya datang dua kali ke rumah Rojo kerana mereka mahu mendapatkan seorang amah wanita bertutur dalam bahasa Sepanyol.

"Rumahnya dalam keadaan tidak terurus ketika saya datang kali pertama dan terdapat plastisin melekat di atas permaidani dan dapur sangat berhabuk.

"Mereka mempunyai anak anjing jenis Beagle dan terdapat permaidani putih mengagumkan di bahagian atas dipenuhi tompok kuning.

"Saya pergi ke rumah Hernandez dan adik perempuannya tinggal di sana. Ia adalah sebuah bangunan seni bina mengagumkan dilengkapi kolam renang dan tangga berpusing.

"Kebanyakan rumah terbabit berada dalam keadaan terurus, jadi saya tidak faham mengapa mereka memerlukan amah untuk membersihkannya."

Jessica turut mengunjungi pangsapuri mewah pengurus Manchester United, Louis Van Gaal.

Jessica berkata: "Saya agak terkejut kerana Van Gaal hanya tinggal di pangsapuri memiliki hiasan dalaman begitu moden.

"Terdapat balang dipenuhi coklat dan kacang di merata-rata tempat dan saya sempat menjamah beberapa daripadanya".

ROJO dengan isterinya Eugenia Lusardo.
Seorang jurucakap Manchester United berkata: "Kami menerima maklumat daripada pihak ketiga yang memberi keterangan mencukupi bagi menyakinkan kami untuk menghubungi polis."

HERNANDEZ bersama keluarga.
Polis Greater Manchester mengesahkan: "Polis di Trafford menerima kiriman emel daripada kelab bola sepak Manchester United yang begitu bimbang terhadap kemungkinan pencabulan terhadap tahap keselamatan dan kawalan pemain Manchester United.
SALAH satu gambar peribadi keluarga di Maria.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:15 AM


TINSLEY disoal siasat polis dan kemudiannya dipecat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12455#sthash.8Z1zxmZA.dpuf

No comments:

Post a Comment