Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang surut

KOTA BHARU: Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas masih berada di paras bahaya walaupun dicatat surut sedikit.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan air di sungai itu pada 9 malam tadi berada pada paras bahaya iaitu 9.04 meter berbanding 9.11 meter pada 2 petang tadi.
Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup.
Tiada hujan di Kelantan hari ini.
Sementara itu, bilangan mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Kota Baharu dan Pasir Puteh kekal 130 orang.
Seramai 77 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan 28 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tiong di sini manakala di Pasir Puteh, 25 orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. - BERNAMA
KETUA Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (kiri) ketika melakukan rondaan dan pemantauan banjir bersama pegawainya di sepanjang Sungai Golok, hari ini. - Foto Jauhariatul Akmal Johar

No comments:

Post a Comment