Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Ops Titik berjaya elak ketirisan diesel bernilai RM361 juta



OPS Titik yang dilancarkan sejak 15 Mei lalu berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan bahan api bernilai RM361 juta di seluruh negara.


KUALA PILAH – Kerajaan berjaya mengelakkan penyeludupan lebih 142 juta liter diesel dengan nilai subsidi berjumlah RM361 juta dalam tempoh lima bulan Ops Titik yang menggempur habis-habisan penyelewengan bahan api itu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa itu memberi banyak manfaat terutama kepada rakyat sejak ia dilancarkan pada 15 Mei lalu.
“Selain menjimatkan wang kerajaan, kita mendapati masalah kehabisan stok diesel di stesen minyak di seluruh negara juga sudah tidak berlaku.
“Sebelum ini, setiap hari kita terima aduan dari Sabah, Sarawak dan beberapa lokasi Semenanjung Malaysia mengenai masalah kehabisan stok di stesen minyak sebab diesel ini diseleweng, tetapi sekarang masalah itu sudah tidak berlaku lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program Pemurnian Pengurusan Organisasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Juasseh di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Hx5Uon32 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment