Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Naluri kakak jadi nyata

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Terengganu : “Sepanjang pulang ke rumah sebaik selesai bekerja, saya sudah rasa tidak sedap hati dan mula mengesyaki sesuatu apabila arwah tidak menunggu saya seperti biasa,” kata Esah Abdullah, 57.
Dia adalah kakak kepada Muda Abdullah, 48, yang ditemui lemas dalam sebuah alur sungai di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Muda yang juga lelaki kurang upaya (OKU) kategori lembam ditemui lemas sekali gus menjadi mangsa korban banjir terbaru di negeri ini.
Kehilangan mangsa yang lebih dikenali sebagai Pok Su disedari kakaknya yang juga kakitangan Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, selepas adiknya itu tidak ada di rumah sebelum meminta bantuan saudara mara dan penduduk kampung untuk mencari mangsa.
Menurut Esah, dia mula berasa tidak sedap hati selepas tidak melihat kelibat arwah di rumah dan segera memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai kehilangan adiknya itu.
“Sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan arwah, penduduk kampung segera membuat gerakan mencari di kawasan sekitar yang menjadi laluannya.
“Ketika itu, mereka menemui selipar dan payung di kawasan berdekatan pancur air (air terjun) dan mereka membawa dua barang milik arwah kepada saya bagi mengesahkan ia milik mangsa atau sebaliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 5:16 AM


LOKASI mayat mangsa ditemui selepas dilaporkan hilang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10887#sthash.iwHdY7JH.dpuf

No comments:

Post a Comment