Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Menangis setiap kali terima surat anak belajar di Mesir


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Semalam saya berkesempatan menziarahi satu keluarga di Kampung Batu Balai. Bertemu seorang mak cik yang meluahkan kesusahan orang kampung yang berhadapan dengan kemelut harga Getah yang jatuh teruk, dah lebih setahun," tulis Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. (Foto hiasan)
Naib Presiden PAS itu yang menulis menerusi facebooknya semalam menambah, dengan linangan air mata mak cik itu menceritakan keadaan orang kampung mengendong anak kecil menyusuri semak samun mengambil upahan menoreh getah di mana pendapatan terpaksa berbahagi dua dengan tuan kebun.
Tulis beliau lagi, bayangkan dengan harga getah sekitar RM2 sekilo, mereka hanya dapat sekitar RM20 sehari, sekarang pulak hujan sudah tidak boleh menoreh.
Dalam pada itu, anak cucu tulis surat minta belanja pengajian.
Justeru, tambahnya menangis setiap kali terima surat dari anak yang sedang belajar di Mesir, Jordan dan sekolah menengah menyatakan keperluan belanja.
Bagi mak cik berkenaan, bukan nak mewah pun, cukup keperluan asas tak apalah.
"Kesian anak-anak," memetik kata-kata mak cik itu sambil mengesat air mata dengan hujung tudung yang lusuh.
"Inilah hakikat kehidupan rakyat marhaen," tulis Tuan Ibrahim selanjutnya. - HARAKAHDAILY 22/11/2014

No comments:

Post a Comment