Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Mayat dalam beg

Hong Kong: Seorang pegawai bank warga Britain ditangkap kerana disyaki melakukan dua pembunuhan selepas mayat dua pelacur ditemui di apartmennya di sini, semalam.
Rurik Jutting, 29, menelefon polis ke rumahnya awal semalam, sejurus selepas membunuh seorang wanita.
Polis berkejar ke apartmen berkenaan di daerah Wan Chai, tempat penginapan popular dalam kalangan eksekutif muda warga asing dan menemui mayat wanita berusia antara 25 dan 30 tahun dalama keadaan bogel dengan beberapa kesan tikaman.
Mayat wanita kedua ditemui dalam beg pakaian di balkoni apartmen itu. Mangsa diikat dan dipercayai dibiarkan di situ sejak seminggu lalu.
Beberapa permainan seks dan kokain juga ditemui di kediaman itu bersama-sama pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Rurik, lulusan Universiti Cambridge dan bekerja dengan Bank of America Merrill Lynch berpindah ke Hong Kong dari London dua tahun lalu..
Polis percaya wanita terbabit dibunuh sejurus sebelum lelaki itu menelefon mereka.
Mayat di dalam beg pakaian yang dibungkus dengan permaidani hanya ditemui lapan jam selepas polis tiba di apartmen berkenaan. Polis yakin wanita itu warga Indonesia dan berusia sekitar 25 tahun.
Sumber polis memberitahu akhbar South China Morning Post: “Kepala wanita itu hampir putus. Kaki dan tangannya diikat dan dia hanya memakai tuala sebelum disumbat di dalam beg pakaian.” - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 November 2014 @ 5:04 AM


GAMBAR menunjukkan pegawai Hong Kong membawa mayat seorang wanita keluar dari apartmen Rurik.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6086#sthash.DE2QURDc.dpuf

No comments:

Post a Comment