Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 25 orang

 AHAD, 23 NOVEMBER 2014 @ 10:20 AM
KOTA BHARU: Paras air di semua sungai utama di Kelantan semakin surut dan menghampiri paras normal manakala mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Pasir Puteh hanya 25 orang setakat 9 pagi ini.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka terdiri daripada lima keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja. Cuaca di Kelantan pada sebelah pagi ini diramalkan baik dan hujan diramalkan pada sebelah petang.
Di TERENGGANU, keadaan banjir juga semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir berada di pusat pemindahan pada pagi ini berkurangan kepada 1,303 orang berbanding 1,521 orang semalam. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, 1,286 orang di daerah Kuala Terengganu melibatkan 324 keluarga dan 17 orang daripada enam keluarga di Marang. Katanya di Kuala Terengganu dua buah pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Sekolah Kompleks Gong Badak menempatkan seramai 1,213 orang dan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring membabitkan 73 orang.
Menurut portal itu, banjir di daerah Dungun telah surut dan semua pusat pemindahan di daerah berkenaan telah ditutup semalam.
Sementara itu paras air di semua sungai utama di Terengganu berada pada paras normal. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment