Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Mali senarai baharu AS wajib jalani pemeriksaan Ebola



AP - GAMBAR yang dirakam pada 14 November lalu menunjukkan beberapa pekerja kesihatan menyembur ubat pembasmi kuman berdekatan sebuah masjid di mana mayat seorang imam yang mati akibat Ebola diuruskan sebelum dikebumikan di Bamako, Mali.


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) kini menambah Mali dalam senarai salah sebuah negara yang perlu menjalani pemeriksaan khas Ebola ke atas pelancong yang keluar dari negara itu selepas beberapa kes dilaporkan di negara berkenaan baru-baru ini.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, kawalan pemeriksaan yang berkuat kuasa semalam telah dilakukan ke atas 15 hingga 20 orang pelancong yang tiba setiap hari dari Mali.
“CDC mengesyorkan langkah ini kerana terdapat beberapa kes yang disyaki Ebola di Mali baru-baru ini yang mungkin telah menjangkiti sebilangan besar individu dari negara itu,” kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.
Keputusan itu juga dibuat selepas seorang pakar bedah dari Sierra Leone yang dirawat di Hospital Nebraska apabila dijangkiti Ebola telah meninggal dunia semalam selepas diterbangkan khas dari Afrika Barat. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3JMmve4wN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment