Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Mahu buaya makan bekas kekasih anak

Arrested: Melisa Schonfield, 57, a social worker, has been charged with arranging a hit on her daughter's ex-boyfriend
Melisa Schonfield
Brownville: Seorang wanita mengadapi tuduhan cuba mengupah seorang lelaki untuk membunuh bekas kekasih anak perempuannya dan memberi buaya memakan mayat mangsa.

Polis menahan Melisa Schonfield (gambar), 57, yang menetap di bandar Brownville beberapa hari lalu atas tuduhan cuba melakukan jenayah.

Jurucakap pejabat syerif Jefferson County, Dave Pustizzi berkata, Melisa didakwa menemui seorang detektif yang menyamar pembunuh upahan untuk mengupahnya membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun yang kemudian disahkan bekas kekasih anaknya.

Melisa dituduh menyerahkan wang berjumlah AS$5,500, separuh daripada jumlah upah yang dipersetujui untuk melakukan pembunuhan itu.

Apabila detektif itu bertanya bagaimana untuk melupuskan mayat mangsa, Melisa mencadangkan supaya ia diberikan kepada buaya untuk dimakan.

Melisa dikatakan bertindak demikian ekoran pertelingkahan dengan bekas kekasih anak perempuannya itu, berkait dengan seorang kanak-kanak hasil hubungan lelaki itu dengan anaknya.

Melisa yang ditahan di penjara hujung minggu lalu bagaimanapun dibebaskan kelmarin selepas diikat jamin sebanyak AS$500,000 (RM1.66 juta). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:04 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7088#sthash.jyOQAUKl.dpuf

No comments:

Post a Comment