Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Lelaki OKU korban kedua banjir



MANGSA banjir di Taman Murni Permai, Gong Badak mengambil peluang menjemur barangan rumah yang basah ditenggelami air ekoran cuaca cerah di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) menjadi korban banjir terbaharu di negeri ini selepas ditemui lemas di dalam sebuah alur sungai di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit, semalam.
Mangsa, Muda Abdullah, 48, (gambar kecil) ditemui lemas oleh ahli keluarganya dan orang ramai di dalam alur sungai tersebut selepas solat Isyak kira-kira pukul 8.30 malam sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir yang terkorban dua orang setakat ini.
Mangsa pertama merupakan seorang pelajar Tingkatan Satu, Norsyakirah Izzati Nazliza, 13, yang terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang, Setiu pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, keadaan cuaca yang bertambah baik sejak pagi semalam di Terengganu membolehkan penduduk yang terjejas akibat banjir pulang sebentar ke rumah masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3JkAqNw4O 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment