Search This Blog

Friday, November 7, 2014

Lelaki ditahan cuba rempuh kediaman Presiden Taiwan


TAIPEI: Seorang lelaki yang memandu kereta cuba merempuh kediaman Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou, iaitu kejadian kedua tahun ini.
Polis berkata Chen Ping-sung melakukan cubaan untuk merempuh pintu kediaman Ma yang dikawal di tengah Taipei.
Bagaimanapun tayar kereta sedan Chen mengalami kebocoran akibat terkena dawai tajam yang diletakkan di situ sebagai langkah keselamatan, sekali gus mengelakkan kerosakan pada pintu kediaman itu.
Dalam kejadian itu Chen juga meletakkan seberkas cat merah pada bampar keretanya yang tumpah di atas keretanya sendiri.
Dia ditahan dengan serta-merta oleh pengawal keselamatan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal siasat.
Menurut jurucakap, Ma Wei-kuo, ketika kejadian, presiden sedang joging di pekarangan kediamannya.
Suspek memberitahu polis dia cuba membantah kecuaian birokrasi kerajaan yang mengakibatkan berlaku banyak pertikaian mengenai perkhidmatan perubatan.
Januari lalu, dalam satu kejadian lain. seorang lelaki yang berang dengan keputusan mahkamah membabitkan isterinya yang sudah diceraikan, membawa sebuah lori 35 tan dan merempuhnya ke pintu pagar pejabat presiden. - AFP

No comments:

Post a Comment