Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Lapan kaki judi leka sabung ayam kena cekup



INILAH ayam jantan yang dijadikan pertaruhan oleh kaki judi warga Indonesia di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kandang Lembu, Ulu Yam Lama, Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR – Kegiatan judi sabung ayam dilihat semakin berleluasa di negara ini apabila terbaharu seramai lapan lelaki warga asing ditahan ketika sedang leka menyabung ayam petang kelmarin.
Kesemua mereka ditahan di sebuah kawasan lapang seluas kira-kira 30 meter persegi di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Kandang Lembu, Ulu Yam Lama di sini yang dijadikan tempat sabung ayam.
Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang itu berjaya memberkas lapan kaki judi warga Indonesia berusia antara 30 hingga 50 tahun.
Ketua Operasi, Asisten Superintendan Sobri Bakri berkata, dalam serbuan tersebut, pihak­nya berjaya merampas wang tunai berjumlah RM2,288 dan 12 ekor ayam yang dijadikan pertaruhan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3JPePWSjg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment