Kereta Nissan turut dirampas kerana masih dilaporkan hilang.
Kereta Nissan turut dirampas kerana masih dilaporkan hilang.
Suspek (tengah) ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta.
Suspek (tengah) ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kereta.
KULIM - Polis Kulim berjaya memberkas seorang lelaki lewat 20-an di sebuah bengkel di Kampung Binjul dalam satu serbuan, tengah malam, kelmarin.

Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek yang ketika itu sedang lepak dengan rakannya cuba melarikan diri, bagaimanapun berjaya ditahan.

Pemeriksaan turut menemui sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang dilaporkan hilang sejak 31 Oktober lalu di Sungai Dua.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, pemantauan dibuat sejak seminggu lalu, hasil maklumat diperoleh daripada suspek yang ditangkap sebelum ini di Batu Kurau, Perak.

Menurut beliau, pihaknya telah membuat pemantauan sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan.

"Siasatan awal mendapati, kebanyakan kereta dicuri akan dirungkaikan dan semua alat ganti dijual kepada bengkal kereta lain dengan harga lebih murah.

Abdullah berkata, suspek mengaku mengambil upah daripada rakannya untuk menghantar alat ganti curi ke beberapa lokasi lain.

"Suspek dan kereta berkenaan diserahkan kepada IPD Seberang Prai Utara (SPU) untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kembali kepada IPD Kulim bagi membantu beberapa kes kecurian kenderaan,” katanya.

Kata beliau, dari maklumat diperoleh, beberapa rakan suspek melarikan diri sebaik sahaja berita penahanan suspek disebarkan, bagaimanapun polis telah mengenal pasti beberapa lokasi lain dijadikan tempat persembunyian suspek terlibat.