Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

Kedai jual karpet rosak dalam kebakaran di Melaka

ISNIN, 17 NOVEMBER 2014 @ 5:27 PM

 
MELAKA: Sebuah kedai menjual karpet dan barangan rumah seperti bantal, tikar dan bingkai ayat Al-Quran, mengalami kerosakan dalam kebakaran di Kota Fesyen Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.54 malam dan menghantar tiga jentera dengan 24 anggota dari Balai Ayer Keroh dan Bukit Katil ke tempat kejadian.

"Ketika tiba di lokasi, tiada api kelihatan kecuali asap hitam keluar dari kedai itu sebelum kerja memadam api dilakukan sebaik pintu dibuka oleh penyewa premis itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada 12.18 pagi kerana hanya membabitkan bara api yang bermula daripada susunan karpet yang diletakkan di atas lantai premis itu.

Katanya, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 25 peratus kedai yang meliputi dua lot premis itu dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment