Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Kapal tangki terbakar

Oleh Isma Ismail
Johor Bahru: Sebuah kapal tangki yang sedang dalam kerja pembaikan di Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang terbakar kira-kira jam 10 malam tadi.
Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainudin Sabani bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.34 malam.
Setibanya di lokasi didapati kawasan dek seluas kira-kira 7x14 meter di tingkat dua kapal terbabit terbakar.
Bagaimanapun, anggota bomba yang dibantu tiga anggota Pasukan Respon Kecemasan (ERT) MMHE berjaya memadam kebakaran tidak lama kemudian.
Difahamkan, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor sedang menjalankan siasatan di lokasi ketika ini bagi mengenal pasti punca kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 12:44 AM


ANGGOTA bomba memeriksa kawasan dek yang terbakar. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10714#sthash.EbVruijS.dpuf

No comments:

Post a Comment