Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Jururawat guna duit palsu dihukum penjara 8 tahun

KOTA BHARU: Gara-gara menggunakan wang palsu untuk membeli sebuah iPad, seorang jururawat sebuah hospital awam dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Mohd Yusoff Yunus memerintahkan Nor Aziarina Ismail, 30, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 6 Disember 2013, selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh didakwa menggunakan 10 keping wang kertas palsu RM100 (berjumlah RM1,000) dan menyerahkan wang bagi bayaran iPad itu kepada Abdul Mu'iz Ahmad, 20, di hadapan sebuah restoran makanan segera di Wakaf Che Yeh di sini pada 9 malam, 22 November tahun lepas.
Nor Aziarina yang bertugas di sebuah hospital awam di negeri ini, didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment