Search This Blog

Monday, November 3, 2014

Jururawat dipenjara beli iPad guna wang palsu


KOTA BHARU – Gara-gara menggunakan wang palsu untuk membeli gajet, seorang jururawat dihukum penjara sehingga lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Nor Aziarina Ismail, 30, setelah wanita itu didapati bersalah menggunakan wang palsu untuk membeli sebuah iPad.
Nor Aziarina didakwa membeli sebuah iPad daripada seorang pemuda, Abdul Mu'iz Ahmad, 20, dengan menggunakan sebagai tulen 10 keping wang kertas palsu not RM100 berjumlah RM1,000 di depan sebuah restoran makanan segera di Wakaf Che Yeh, di sini pada pukul 9 malam 22 November tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3Hx52bpAf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment