Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Hakim Syarie bebas tuduhan khalwat



ADAM (kanan) dan Nurul Izani tersenyum semasa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, George Town semalam selepas mereka dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan khalwat pada empat tahun lepas.


GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran dan pasangan, Nurul Izani Mat Isa daripada tuduhan khalwat yang didakwa dilakukan empat tahun lalu selepas mendapati mereka adalah suami isteri.
Hakim Syarie, Zaim Md. Yudin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pem­belaan berjaya menimbulkan ke­raguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Tidak ada keraguan terhadap dokumen pernikahan yang dikemukakan tertuduh dan ia boleh diterima di mahkamah ini. Dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan diakui oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Johor Bahru.
“Pihak pendakwaan juga gagal membawa dua orang saksi dari Jabatan Agama Islam Daerah Songkhla, Thailand bagi membuktikan dakwaan bahawa sijil nikah atas nama kedua-dua tertuduh yang dikeluarkan oleh jabatan agama itu adalah mencurigakan dan berkemungkinan telah berlaku pemalsuan atau penundaan tarikh.
“Oleh itu, mahkamah dengan ini memerintahkan kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3JkB7QQxL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment