Oleh Mohd Hasbi Sidek
hmetroshahalam@hmetro.com.my
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10101#sthash.b8S9Iy08.dpuf
hmetroshahalam@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang warga Indonesia mendakwa dirinya haji antara yang ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor selepas cuba memberi rasuah wang tunai sebanyak RM3,000 dalam serbuan di Persiaran Setia Prima Seksyen U13, Setia Alam, di sini, kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 10 malam, haji berstatus penduduk tetap (PR) dari Jawa Timur berusia 50-an itu cuba memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor supaya isteri serta seorang rakannya yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dilepaskan.
Bagaimanapun, tindakannya itu memakan diri apabila dia bersama isteri serta rakannya itu ditahan.
Keseluruhannya, 112 warga asing dari Indonesia dan Bangladesh ditahan dalam serbuan kerana tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:15 AM
No comments:
Post a Comment