Search This Blog

Tuesday, November 18, 2014

GRO asing telan ekstasi ditemui mati


Kuala Lumpur: Seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditemui mati dipercayai menelan ekstasi secara berlebihan.
Mayat Su Chong Lian, 25, warganegara China ditemui oleh rakannya kira-kira jam 4 petang, semalam di kondominium Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini.
Sumber polis berkata, mangsa dipercayai bekerja sebagai GRO di sebuah pusat hiburan berhampiran dan kerap kali dilihat pulang dalam keadaan mabuk dan khayal.
“Difahamkan beberapa jiran sering melihat wanita ini terbaring di bawah kondominium kerana mabuk selain disyaki mengambil dadah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu memberitahu mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Setibanya di PPUM, pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan polis menunggu laporan bedah siasat.
“Sepasukan polis dan anggota forensik ke lokasi kejadian. Tiada unsur jenayah ditemui di rumah wanita terbabit yang terletak di tingkat 15 kondominium itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:16 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9868#sthash.gVVdGmv8.dpuf

No comments:

Post a Comment